TERKINI

Komentar
Pendedahan

Lain-lain

Umum

Bolasepak

Reserved

Baru Masuk

51 dalil mengapa Najib Razak perlu disingkirkan segera dan dihukum atas perbuatannya


Jelas memang banyak sangat kemungkaran yang telah Najib Razak lalukan .

Rasuah dah jadi benda biasa dalam pentadbiran Najib Razak .

Skandal kapal selam Scorpene dengan komisyen  USD bilion , pembunuhan Altantuya , mendapat komisyen hasil dari pinjaman RM42 bilion skandal 1MDb dan yang paling mutakhir ialah skandal RM2.6 bilion .

Sebut sahaja apa kesalahan besar di Malaysia ini , pastinya ia ada kaitan dengan Najib Razak!

Semua orang lain salah .

Semua orang lain tipu .

Semua orang lain fitnah!

Mufti , bekas perdana menteri , bekas menteri , bekas timbalan perdana menteri , gabenor bank negara , timbalan ketua pengarah polis cawangan khas , bekas peguam negara Malaysia, pegawai SPRM , semuanya memfitnah dan cemburu kebaikan dan kejayaan yang Najib telah kecapi .

Jadi untuk menyorot KEJAYAAN dan KEHEBATAN Najib Razak ini , dipersembahkan pada anda semua , video 51 dalil kenapa Najib Razak perlu disingkirkan segera dan mesti dihukum atas perbuatan-perbuatan durjananya!



Pembongkaran Skandal YAPEIM Part 2


Fakta-fakta yang rakyat Malaysia dan pencarum YAEPIM WAJIB tahu .

1. Dokumen yang tersebar itu benar, tulen, betul. Bukan ada 'oter' itu ini.

2. Maklumat berkaitan dalam dokumen itu pun benar. Seperti nama yayasan, jumlah dan butiran perincian perbelanjaan.

3. Rujuk sebaran ;

4. Fakta Akmal ,  bil di charge kepada PEMANGKIN. Iaitu sejenis agensi yang berkaitan dengan kebajikan anak yatim dan miskin.

5. Tiada penafian dari YAPEIM tentang ini.

6. Penafian hanya tertakluk kepada pendedahan AKMAL yang disifatkan sebagai fitnah.

7. Tak pasti apa yang fitnah. Apabila dokumen itu digambarkan sebagai tulen.

8. Pendedahan Akmal merujuk kepada pertanyaan, kenapa wang dari PEMANGKIN menanggung kos lawatan JAMIL KHIR ke luar negeri dan rasionalnya anjurkan kursus kahwin bagi 100 orang peserta tambahan pula kos yang dibelanjakan disifatkan sebagai keterlaluan dan bermewah.

9. Ia adalah pertanyaan sejak dari awal.

10. Bila disebut Akmal mencuri atau memperolehi dokumen secara salah, ini sekali lagi menimbulkan tanda tanya.

11. Bagaimana Akmal mendapatkannya? Adakah memecah masuk pejabat YAPEIM dan tahu lokasi sebenar invois-invois berkenaan?

12. Bukan setakat mencuri, untuk mencuri pun kita kena tahu kat mana orang simpan invois. Bukan hanya ada satu invois, banyak. Macam mana Akmal boleh 'aim/detect' invois-invois' berkenaan?

13. Kat sini la kita akhirnya akan terfikir. Apakah Akmal pernah bekerja dengan YAPEIM? PEMANGKIN? Terlibat secara LANGSUNG atau TIDAK LANGSUNG?

Ataupun ada ORANG DALAM yang MENDEDAHKAN DOKUMEN-DOKUMEN berkenaan kepada Akmal? Jika ya, kenapa dia berbuat demikian? 

Apakah ini tidak CUKUP untuk memberikan kita satu GAMBARAN bahawa orang yang RELATED dengan YAPEIM juga merasakan ada sesuatu yang TIDAK KENA, TIDAK BETUL tentang PERBELANJAAN tersebut sehingga perlu dia KELUARKAN DOKUMEN2 YANG SEPATUTNYA MENJADI KERAHSIAAN YAYASAN?

14. Jika yang bekerja atau terlibat dengan YAPEIM melihat perbelanjaan itu sebagai TIDAK SEWAJARnya, bagaimana pula agaknya PERSEPSI orang-orang yang berada di LUAR YAPEIM?

15. Sejak dari awal lagi, orang tak persoalkan hak YAPEIM untuk berboros menggunakan wang sendiri walaupun ianya kelihatan sangat tidak konsisten dengan prinsip Islam yang sepatutnya menekankan konsep wasatiyyah bak kata Najib.

16. Namun oleh kerana YAPEIM ada pencarum2 tertentu dan juga invois dibilkan kepada satu yayasan yang berkaitan dengan anak yatim & miskin, maka ianya jadi isu.

17. Orang mahu tahu, apakah perbelanjaan yang menanggung menteri itu memberikan kebajikan terhadap anak-anak yatim. Jika tidak, kenapa dibilkan kepada yayasan yang dikhususkan kepada anak-anak yatim? Apatah lagi ada pihak yang menderma kepada yayasan berkenaan atas nama membantu anak-anak yatim.

18. Kita simpulkan keadaannya begini. Ada satu drama tentang politik pada tahun 2014. Memang suka tonton drama berat seperti politik. Tajuk dia 'EMPIRE OF GOLD'. 

Ia berkisar tentang bagaimana pemaju perumahan dan hartanah menggunakan YAYASAN untuk SELEWENG ATAU SALURKAN WANG YANG DIPEROLEHI SECARA HARAM. WANG2 dalam YAYASAN tersebut juga digunakan untuk menanggung atau membiayai ahli politik samada melalui kempen ataupun secara 'rasuah'.

Dan apabila mereka merasuah, mereka akan memberikan hadiah. Pakej pelancongan, kereta dan sebagainya.

19. Maksudnya ialah YAPEIM telah menunjukkan satu keadaan yang mana rakyat akan berfikir tentang sesuatu apabila melihat butiran di dalam invois-invois berkenaan.

20. Sebab itu, adalah tak adil juga nak menuduh Akmal menghasut orang ramai untuk membenci YAPEIM jika bukan kerana orang ramai sendiri berfikir menggunakan akal fikiran mereka yang waras, bahawa memang wujud satu keadaan yang tidak betul tentang pengurusan yayasan tersebut.

Dari segi gaji, lantikan dan perbelanjaan. Semuanya mereka teliti menggunakan akal fikiran mereka sendiri.

Akmal tidak berada di hadapan mereka untuk mempercayai apa yang Akmal terangkan. 
Jauh sekali dengan cara memaksa.

Ia adalah diri mereka sendiri berfikir tentang apa yang mereka mahu fikirkan. 

Ya, Akmal memang bagi point untuk mereka berfikir tetapi samada mereka mahu percaya kepada pendedahan tersebut ataupun tidak, akhirnya terletak atas keputusan individu juga.

Kalau tak buat salah dari awal atau mewujudkan satu keadaan yang boleh memberikan gambaran negatif, jangan kata Akmal pecah masuk pejabat nak curi invois, orang dalam nak sebar maklumat pun takde idea sebab takde isu.


Pembongkaran Skandal YAPEIM Part 1


Saya mengambil maklum mengenai tindakan YB Dato’ Seri Jamil Khir Baharom yang telah memfailkan saman terhadap saya petang semalam berhubung dengan perkara yang dibangkitkan mengenai pembaziran yang berlaku di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang seolah-olah tidak menggambarkan kebajikan dan amal jariah.

Saya difahamkan surat saman (writ) akan diserahkan kepada saya minggu hadapan dan saya akan merujuk perkara tersebut dengan pasukan peguam.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya hanyalah seorang pemberi maklumat (whistleblower) dan persoalan-persoalan yang dikemukakan adalah demi kepentingan orang ramai terutamanya apabila lebih setengah juta orang rakyat Malaysia memberi sumbangan derma tiap-tiap bulan kepada YaPEIM.

Ianya juga menjadi kewajipan kepada kita semua untuk membela mereka yang sepatutnya menerima sumbangan seperti anak yatim dan miskin selaras dengan tuntutan amal jariah.

Setiap pencarum yang ramainya dikalangan kakitangan kerajaan, guru, polis dan pekerja swasta berhak mendapat keadilan untuk memastikan setiap sumbangan mereka digunakan untuk tujuan kebajikan dan disampaikan ke pihak yang benar-benar layak.

National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah menerima satu lagi dokumen yang menunjukkan bahawa wang YaPEIM telah digunakan untuk program di Brisbane, Sydney dan Melbourne, Australia.

Ianya dikatakan telah berlangsung pada 16 April sehingga 26 April 2014 sebagai program yang diberi nama “Promoting Islamic Values In Multi Culture & Religion: Future & Challenges”.

Jumlah peserta yang disasarkan adalah seramai 50 sehingga 70 orang yang dikatakan terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Australia.

Mengikut dokumen Anggaran Perbelanjaan dan Agihan Mengikut Agensi Program Kembara Santun 2014, terdapat 4 agensi YaPEIM telah terlibat untuk menjayakan program ini iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN), YaPEIM, Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM (INPUT) serta Ar-Rahnu.

Berdasarkan bukti-bukti tersebut, benarkah agihan perbelanjaan adalah seperti berikut?

1. Pembiayaan melalui PEMANGKIN adalah RM 73,800.00

2. Pembiayaan melalui YaPEIM adalah RM 106,840.00

3. Pembiayaan melalui INPUT adalah RM 25,215.00

4. Pembiayaan melalui Ar-Rahnu hanyalah RM 12,650.00


Maka anggaran jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah RM 218,505.00.

Jika dokumen ini adalah benar seperti dokumen-dokumen yang dikemukakan sebelum ini, agihan perbelanjaan ini menimbulkan pelbagai persoalan-persoalan seperti:-

1. Benarkah program ini telah diadakan di Brisbane, Sydney dan Melbourne, Australia?

2. Apakah rasional YaPEIM terlibat dalam penganjuran program ke luar negara sebegini yang kosnya begitu mahal sedangkan hanya sebilangan kecil yang menerima manfaat?

3. Mengapa pembiayaan melalui PEMANGKIN dan YaPEIM adalah paling besar sedangkan agensi perniagaan YaPEIM iaitu Ar-Rahnu hanya menampung sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan program di Australia?

4. Apakah keperluan menaiki penerbangan kelas bisnes untuk Program Kembara Santun dan siapakah mereka yang menaiki penerbangan kelas bisnes?

5. Adakah PEMANGKIN bermaksud Yayasan Pembangunan Ekonomi Anak Yatim dan Miskin?


Sewajarnya Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM dan Menteri berkenaan iaitu YB Dato’ Seri Jamil Khir tampil menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

YaPEIM adalah sebuah Yayasan Islam yang berteraskan kepada sumbangan amal jariah dan bukannya entiti perniagaan yang mengaut keuntungan.

Jika terdapat lebihan pendapatan sekalipun, wang tersebut seharusnya disampaikan kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim, fakir dan miskin mengikut konsep amal jariah.

Rakyat, pemberi dan mereka yang sepatutnya menerima sumbangan amal jariah YaPEIM berhak mendapat keadilan dan pembelaan.

Rujuk bukti dokumen dibawah .






Info dan dokumen lain yang menunjukkan banyak pegawai kerajaan Malaysia dan menteri terlibat secara langsung dalam YAPEIM


Saya terpanggil menulis entri ini setelah membaca berita rasmi dibawah dengan tajuk :


Tak tau nak tergelak atau nak muntah kerana info dan dokumen yang saya tunjukkan dibawah menunjukkan begitu banyak pegawai kerajaan Malaysia terlibat secara langsung dengan YAPEIM sehingga surat perlantikan Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM juga dihantar secara rasmi kepada perdana menteri Malaysia iaitu Najib Razak .

Adakah saya berdusta ?

Pelik dengan kenyataan rasmi dalam berita diatas kononnya menteri tidak boleh ambil tindakan pada penyelewengan dalam YAPEIM sedangkan dikalangan menteri juga terlibat secara langsung dalam organisasi YAPEIM!

Saksikan dengan sendiri dokumen-dokumen dibawah dan buat penilaian anda sendri .




\



Yayasan Islam badan bebas, menteri tiada kuasa, kata timbalan menteri - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/yayasan-islam-badan-bebas-menteri-tiada-kuasa-kata-timbalan-menteri#sthash.ge2WcM6n.dpuf
Yayasan Islam badan bebas, menteri tiada kuasa, kata timbalan menteri - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/yayasan-islam-badan-bebas-menteri-tiada-kuasa-kata-timbalan-menteri#sthash.ge2WcM6n.dpuf
Yayasan Islam badan bebas, menteri tiada kuasa, kata timbalan menteri - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/yayasan-islam-badan-bebas-menteri-tiada-kuasa-kata-timbalan-menteri#sthash.ge2WcM6n.dpuf

Siapakah menteri yang dikatakan berjoli sakan laki-bini menggunakan Duit Anak Yatim YAPEIM ? PART 2


Entri berkaitan tajuk ini , sila klik link dibawah :

http://newshangat.blogspot.my/2015/11/dakwa-yapeim-guna-duit-anak-yatim-biaya.html

Dibawah ialah siaran dan pendedahan Pengarah NOW iaitu Akmal Nasir tentang penyalahgunaan dana anak yatim YAPEIM oleh Jamil Khir dan isteri beliau .




Dibawah pula ialah INVOIS "bukti perjolian" Jamil Khir dan isteri beliau di Amerika Syarikat menggunakan wang anak yatim , menurut Akmal Nasir .



Siapakah yang berbohong sebenarnya ?

Adakah skandal ini akan mengulangi skandal 1MDB dan RM2.6 bilion Najib Razak dimana yang membongkarnya pula ditangkap dan "penyamunnya" terlepas ?


Apakah wujud lagi undang-undang di Malaysia ?

Sama-sama kita nantikan kesudahan skandal ini .


Siapakah menteri yang dikatakan berjoli sakan laki-bini menggunakan Duit Anak Yatim YAPEIM ? PART 1


Untuk yang tak ambil tahu , tak tahu , atau mahu ambil tahu , sila klik berita dibawah :
http://newshangat.blogspot.com/2015/11/menteri-bersama-isterinya-berjoli-main.html

Menurut FB pemimpin PKR iatu Rafizai Ramli , menteri yang berjoli sakan dengan bininya MENGGUNAKAN DUIT ANAK YATIM ITU IALAH :

Dato' Seri Jamil Khir Baharom



Tidak pula diketahui benar atau tidak dakwaan Rafizi Ramli ini dan jika tidak dibenar , sila berikan bukti ia merupakan satu fitnah .

Perlu diingat seperti kes skandal 1MDB dan RM 2.6 bilion Najib Razak yang telah diberi berbagai bukti serta dokumen yang menunjukkan penyelewengan berlaku , pemimpin yang salah guna kuasa ini tidak akan mengaku dan menggunakan cara lain dengan menekan pihak yang membongkarnya pula .

Bila amanah dan tanggung jawab tidak bernilai lagi , agama hanya jadi tunggangan pihak-pihak seperti ini , nauzubillah .


Betulkah dokumen didalam ini boleh buktikan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM terlibat dalam pecah amanah dan penyelewengan ?


Tidak pasti sah atau palsu .

Anda buat penilaian sendiri .

Bagi yang masih kabur tentang tuduhan ini , sila klik link dibawah untuk berita berkaitan .
http://newshangat.blogspot.my/2015/11/now-dakwa-keluarga-pemimpin-wanita-umno.html

Jika benar , ia memang satu perbuatan terlaknat sebab megkhianati amanah yang telah diberikan.

Jika palsu , maka kena diselidikki siapa yang memalsukan dokumen ini dan sebabnya .

Antara dakwaannya ialah :

Presiden dan Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM serta keluarga daripada Wanita UMNO , pegang 26 jawatan bergaji dengan pendapatan keseluruhan RM154,700.00 sebulan.




Lihat sendiri dan fikirkan sama ia benar atau palsu .














Recent Post