TERKINI

Kenapa saya tak akan join TuneTalk, ToneExcel , TonePlus atau yang sewaktu dengannya ?


Saya pernah dihampiri oleh promoter program ini 2 tahun lepas .

Tetapi setelah saya lihat pelannya , saya langsung tidak tertarik hati .

Nak tahu apa sebabnya ??

1. Kadar panggilan termahal di Malaysia 

2. Kadar SMS antara termahal di Malaysia

3. Kadar data pelan internet termahal di Malaysia .

4. Bonus bersifat selektif iaitu ada AUTO MAINTAIN , kalau tidak cukup syaratnya , anda tidak layak mendapat bonus atau imbuhannya . Contoh , insuran PA, wajib maintain RM50 sebulan , kurang daripada itu, kalau anda eksiden dan mati , MATI KATAK!

5. Bila melihat point No 4 , jelas USER DIPAKSA SECARA RELA UNTUK TOPUP JUMLAH YANG MEREKA tidak perlukan pun sebenarnya , kononnya ATAS TUJUAN BISNES.
Bayangkan setiap bulan mereka diperah membelanjakan wang yang tak diperlukan pun sebenarnya .

6. Jadi merujuk kepada point No 5 , apa beza bisnes syarikat ini dengan biz MLM lain ? Ciri-ciri persamaannya ialah membelanjakan wang atau membazirkan wang ke arah perkara yang tidak perlu atas alasan dangkal BISNES!

7. Lebih berat pelannya ke arah MLM iaitu menekan ahli dan MENGKAYA-RAYAKAN SYARIKAT SAHAJA .

8. Jika dilihat dan dikaji , banyak bonusnya sangat selektif dan ada HIDDEN motif .

9. Orang yang join hanya fikirkan bisnes dan bukan SERONOK MENGGUNAKAN kerana ia menjimatkan dan beri peluang jana pendapatan .

10. Jadi kesimpulannya ialah konsep WIN-WIN tiada , syarikat sahaja yang selalu win .

Kerana itulah saya tidak akan pilih bisnes sebegini .

Lihat juga review blogger lain berkaitan isu ini :

http://ahmadfaizal.com/2014/08/14/7-sebab-kenapa-aku-tak-nak-join-tone-excel/

http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/04/mobile-prepaid-mlm-mahu-kaya-macam-tony.html?commentPage=2



Recent Post