Kualiti jalan di Lebuhrya juga lebih kurang sahaja dengan kualiti di jalan biasa , ia satu realiti dan saya tidak peduli jika Menteri mana pun menafikannya sebab saya tahu tahap IQ mereka yang tidak sebegitu tinggi mana untuk memahami kesusahan orang lain .
Bayangkan lubang sebesar diatas , kalau kereta masuk pun akan jadi kemalangan yang teruk , bayangkan kalau motorsikal ? Lubang yang lebih kecil sedikit dari lubang diatas boleh dijumpai dengan banyaknya di serata negeri di Malaysia ini dan ia merupakan pemandangan biasa .
Menteri pun bukan peduli walaupun ia sebahagian tugas mereka dan mereka dibayar untuk memantau segala perjalannya , yang penting mereka tidak cedera , "orang lain pergi mati lah"
Bayangkan sikap sedemikian terdapat pada majoriti pemimpin Malaysia , mereka tiada mata atau perasaankah , hendak kena pada batang hidung sendiri baru mahu bertindak ? Sedangkan gaji mereka dibayar hari-hari , jadi sewajibnya tiap-tiap hari mereka kena bertindak dan bukan bila berlaku sesuatu kemalangan atau seumpamanya baru hendak bertindak ?Apabila Nyawa Manusia Tidak Bernilai Lagi
Ada sesiapa ada jawapan ?
Kenapa nyawa terutama orang miskin begitu murah ?
Ada beza ke disisi tuhan nyawa orang kaya sampai perlu dijaga begitu rapi dan nyawa orang miskin buat cincai-boncai je ?
Inilah mentaliti orang Malaysia , sentiasa 'bias' .
Tegur atau kritik pun masih macam tu .
Macam cakap dengan tunggul kayu .
Orang nak pegang kuasa , awak nak pegang kuasa .
Orang buat kerja , awak makan gaji buta .
Tunggu jelah hukumannya di akhirat nanti .