TERKINI

Kritikan itu ialah kebenaran dan ia saling berkait


Tajuk entri ini juga direct dan tidak berselindung lagi .

Orang yang tidak suka pada kritikan ialah orang tidak mahukan kebenaran .

Kebenaran memang selalunya pahit tetapi bagi manusia yang diberi amanah dan tanggungjawab , mereka seharus memikulnya .

Jawatan yang diberi bukan untuk berpoya-poya dan digunakan untuk membuat maksiat dan kemungkaran .

Jadi soalannya kenapa sanggup jadi pemimpin kalau tak boleh terima kritikan dari orang bawahan ?

Adakah sebab kita berada diatas , maka kita lebih pandai dari orang bawahan kita atau kita hanya dilantik jadi wakli sahaja ?

Kalau nak jadi pemimpin dan tak boleh ditegur , jadi je PEMIMPIN RIMBA macam TARZAN!

Kelak tiada siapa akan kritik atau tegur anda pasal semuanya berkomunikasi dengan cara yang berbeza .

Bila kita jadi pemimpin dikalangan manusia , sewajib nya kita sentiasa dikritik , memang itu lumrah .

Dan yang paling lawak ialah jangan berlaku seperti sekarang ini .

Memang boleh mengkritik pemimpin , MALANGNYA TIADA YANG DIUBAH OLEH PEMIMPIN YANG DIKRITIK SELEPAS ITU!

Apa maksudnya tu ?

Pemimpin buat pekak dan bodoh sahaja selepas kritikan dan tahu beliau 'untouchable' dan kebal sebab ada kuasa sementara yang ada pada dia semasa jadi pemimpin tu .

Pemimpn sebegini tahu , lama-lama orang penat lah nak kritik atau tegur , memang kekebasan diberi , tapi tiada tindakan akan dibuat selepas kritikan itu dilontarkan , 'that beat the purpose' kenapa kritikan dilakukan.

Inilah yang berlaku dalam tamadun manusia moden .

Masih wujud kasta paria dan brahma walaupun pemimpin itu sendiri lupa , yang mereka sendiri dilantik oleh orang bawahan yang mereka tidak pedulikan semasa menajwat jawatan sementara itu

Manusia memang mudah lupa , kerana itulah krtikan sangat penting sebagai 'wake-up call' atau peringatan segera supaya tidak sesat makin jauh .

Sepatutnya pemimpin beterima kasih kepada orang-orang yang mengkritik mereka .

Menunjukkan ramai yang masih ambil tahu perkembangannya  .

Bayangkan bila ditanya , orang dah malas nak layan dan tunggu nak jatuhkan anda je, seronok ke mcam tu ?

Disebabkan kita ni tidak sempurna, maka kritikan itu penting agar kita keluar daripada kelemahan kita.

Sebab kita hanya nampak kekuatan kita, namun hanya orang lain sahaja yang nampak kelemahan kita.

Sebab tu la, kita kena sentiasa bersifat berlapang dada , terima je apa yang orang cakap , kritik dan teguran .

Kawan baik kita takkan kutuk kita sebab dia kawan kita , tak sanggup tengok kita sedih dengan kebenaran.

Kalau mahu tahu kelemahan anda , sila pergi kepada orang yang membenci anda .

Hah, ambik! Satu list panjang dia boleh beritahu pasal kelemahan anda .

Sebab tu, 'enemy is your and vice versa' .

Mana yang betul kita ambik, mana-mana kritikan yang bersifat 'membabi-buta' yang berasaskan sentimen emosi semata-mata , memang boleh diabaikan .

Manusia atau pemimpin yang tak boleh dikritik ini ialah manusia yang EGO .

Ego sangat tebal sampai dah sama level macam level ego Iblis masa disuruh sujud pada Nabi Adam .

Ingat EGO ini ialah dosa hidupan paling tua dan paling awal dalam sejarah penciptaan hidupan .

Kenapa perkara ini tak selalu difokuskan dan kenapa ramai manusia mengikuti jejak iblis ?

Kenapa pemimpin yang dilantik , macam jawatan iblis pulak yang kosong.

Jadi je pemimpin , terus jadi iblis!

Masa tiada jawatan , masih manusia biasa , bila DILANTIK jadi pemimpin , terus jadi IBLIS!

Rasuah ke hulu , rasuah ke hilir , penyelewengan ke barat , salah guna kuasa ke timur .

Pecah amah ke kanan , menipu ke kiri .

Kenapa jadinya macam ni ?

Sebab kritik tidak meninggalkan bekas .

Sebab kritik tak dijadikaln alat atau instrumen penting dalam pentadbiran dan pemerintahan

Sebab kritik dianggap picisan dan benda remeh temeh kerana yang mengkritik tu berada dibawah dan pemimpin berada diatas .

Lupakah anda tentang hukum graviti , setiap yang berada diatas , pasti akan jatuh ke bawah , triggernya hanya MASA!

Kenapa tak jadikan jawatan sementara itu medium untuk berbuat kebaikan dan ladang pahala.

Kenapa kritikan orang biasa dan orang bawahan tidak diperdulikan ?

Ye , memang betul , ramai rtang boleh kritik , tapi selepas itu tiada tindakan diambil .

Taktik nak bagi orang yang kritik tu bosan dan penat .

Adakah pemimpin yang dilantik ini semua PEKAK  , BODOH dan BISU ?


Recent Post