TERKINI

Kenapa BIRO PENGADUAN AWAM Malaysia sebegini ?


Biro Pengaduan Awam Tidak Berfungsi

Begitu menjengkelkan bila saya baca berita diatas .

Bayangkan berapa ramai penjawat awam yang teraniaya kerana Biro Pengaduan Awam atau BPA tidak buat kerja ?

Jadi soalannya , untuk apa BPA ditubuhkan ?

Kalau setakat berkhidmat pada orang awam dan bukannya berkhidmat pada penjawat awam yang dianiaya , elok diissytiharkan secara rasmi bahawa BPA hanya menerima orang awam dan bukan penjawat awam .

Banyak bukti BPA tidka menangani aduan dari penjawat awam yang dianayai.

Contoh seperti dibawah :

Guru terkilan diberhentikan kerja

Cikgu Fauzia akhirnya dibuang kerja

Banyak lagi saya boleh beri sebagai bukti .



Yag menang akhirnya ialah orang atasan yang menyalahgunakan kuasa .

Kuasa sementara yang sewajibya dipegang dengan amanah dan bertanggungjawab .

Malangnya bila BPA tidak berfungsi dengan sepatutnya , pegawai-pegawai yang menyalah-gunakan kuasa ini beraja di mata bersultan di hati .

Mereka tahu tiada siapa akan ambil tindakan kepada mereka kerana komitmen dari BPA sendiri seperti 'melepaskan batuk ditangga'.

Inilah bahanya bila sesuatu sistem itu telah korup dan lumpuh .

Yang baik teraniaya tanpa pembelaan .



Recent Post