TERKINI

Kalau 1MDB tak salah kenapa Najib Razak ganggu siasatan skandal 1MDB ? Kenapa...kenapa...kenapa...


http://kritik2u.blogspot.com/2015/11/mari-kenali-wajah-wajah-manusia-bodoh.html

1. Kenapa pecat Gani Patail ? 
Gani Patail ialah bekas Peguam Negara Malaysia yang dikhabarkan akan ambil tindakan pada Najib Razak sebelum beliau dipecat

2. Kenapa bubarkan PAC dengan lantik ketua PAC iaitu Nur Jazlan jadi menteri kabinet ?
Punya banyak calon lain , Nur Jazlan juga dipilih supaya PAC lumpuh .

3. Kenapa tangkap dan ugut pegawai SPRM semasa mereka sedang jalankan siasatan ?

4. Kenapa lantik Peguam Negara baharu yang merupakan ahli UMNO dan juga merupakan bekas peguam UMNO Kelantan ?

5. Kenapa pecat Muhyiddin Yassin yang kritik 1MDB dan Rasuah RM2.6 bilion Najib Razak ?

6. Kenapa pecat Shafie Afdal yang kritik 1MDB dan rasuah RM2.6 bilion Najib Razak?

7. Kenapa tangkap Khairuddin dan Matthias Chang yang dedahkan penyelewengan Najib Razak di luar negara ? 

Buat pengetahuan semua , Khairuddin telah failkan 2 laporan polis sebelum itu , iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum beliau melakukan report polis di luar negara . malangnya laporan polis beliau di Malaysia tidak dilayan dan tidak dipedulikan oleh polis Malaysia!



8. Kenapa tak saman Dr Mahathir yang terang-terang menyuruh Naib Razak letak jawatan dan sebut yang Najib Razak pencuri , kalau Najib Razak tak bersalah dan tak mencuri ? 
Najib kan terkenal dengan saman sana-sini kalau orang tiada bukti ni .

9. Kenapa tak saman Muhyiddin Yassin yang dakwa Najib mengaku terima RM2.6 bilion ?

10. Kenapa tukarkan Pengarah Polis Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador yang dikatakan sedang seius menyiasat skandal 1MDB ?

11. Kenapa Jho Low tidak ditangkap lagi ?
Jangan kata nak tangkap , soal pun belum lagi padahal Matthias Chang dan Khairuddin dah merengkok dalam lokap dekat sebulan . kenapa ?



12. Kenapa Najib Razak tidak saman Raja-raja Melayu yang arahkan siasatan skandal 1MDB diselesaikan dengan segera dan pastikan siasatannya dilakukan secara telus dan tidak menyembunyikan apa-apa ?
Najib Razak hanya diam membisu dan seperti biasa , macai beliau melenting mempertahankan boss mereka yang korup dan kelu .

13. Kenapa tak berani saman Wall Street Journal , Sarawak Report , Australia Tribune, Al Jazeera dan The Edge kalau dakwaan mereka semua tak betul dan fitnah ?
Yang Najib buat setakat ini ialah gantung The Edge di Malaysia , kenapa tak saman kalau The Edge fitnah Najib Razak dalam laporan mereka , kenapa....kenapa ?

ADAKAH Najib Razak nak cakap SEMUA SENARAI DIATAS ialah PENIPU ? 
Berani ke beliau cakap macam tu ?

Ada lagi 30 KENAPA , biar saya simpan dulu , dan perkara ini sebenarnya sangat pelik kerana TERLAMPAU RAMAI ORANG DAN BANYAK PIHAK YANG DAKWA PERKARA YANG SAMA , dan Najib Razak langsung TIDAK BERANI MENAFIKANNYA!



Saya tinggalkan anda dengan berita rasmi soalan Muhyiddin Yassin pada Najib Razak mengapa siasatan skandal 1MDB sentiasa diganggu .

Proses siasatan membabitkan dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak seharusnya diganggu jika tiada sebarang kesalahan dilakukan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan presiden Umno itu berkata, orang ramai ingin melihat proses siasatan membabitkan transaksi syarikat sarat hutang milik Kementerian Kewangan itu dijalankan dan mereka mahu mengetahui hasilnya. 

"Rakyat mahu supaya proses siasatan itu dijalankan. Jangan campur. Yang rakyat nak tahu, apa hasilnya. Kalau tak bersalah, tak bersalahlah. Kalau bersalah, kita hukum," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana individu atau institusi.


Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani Kerana Benar' di Hotel Grand Blue Wave, Johor Baru hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, dengan pilihan raya umum akan datang sebagai penentu, siasatan yang dijalankan juga tidak seharusnya berlarutan sebegitu lama.

"Kalau keadaan (siasatan) itu tidak berlaku, apa-apa kesalahan biarlah. Sampai masa rakyat akan tahu juga nanti.

"Yang hak akan timbul dan yang batil itu akan tenggelam, lambat laun. Tetapi, jangan lambat-lambat sangat, penentunya pilihan raya nanti," kata ahli Parlimen Pagoh itu.

Beliau berkata, isu berkaitan 1MDB bukan hanya melibatkan Umno, sebaliknya turut membabitkan semua parti komponen dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana itulah beliau bersuara.

"Suara saya ini bukan nak menumbangkan sesiapa. Takkan saya nak biarkan. Kalau saya tidak bersuara, siapa nak bersuara?" soalnya. 

Muhyiddin yang digugurkan daripada Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai berkata, beliau sedar realiti pemimpin Umno di peringkat cawangan dan bahagian yang takut untuk bersuara kerana khuatir dikenakan tindakan, malah sehingga kepada keadaan dipecat. 

"Yang dekat sini semua takut... takut kena pecat ketua cawangan, ketua bahagian.

"Realitinya, negara sudah begini keadaannya. Saya seorang sahaja (yang bersuara). Yang lain buat apa?"
 soalnya, di hadapan sekitar 400 peserta program anjuran akhbar Sinar Harian itu.

Kebanyakan hadirin merupakan ahli dan pemimpin Umno peringkat cawangan dan bahagian dari negeri itu.

"Mungkin ada implikasi kepada diri saya apabila mengatakan ini, tetapi saya sudah bersedia," kata Muhyiddin. 

Ketika sesi soal jawab, Muhyiddin turut mendedahkan, terdapat beberapa mesyuarat yang sepatutnya dipengerusikannya selaku timbalan presiden namun digantikan oleh Najib selaku presiden Umno. 

"Seolah-olahnya tidak menghormati ahli parti yang pilih saya sebagai timbalan presiden. Seolah-olah lupa pengorbanan yang saya sudah buat. 

"Ini tugas, dalam mesyuarat pengurusan parti, ada naib, bendahari, ketua sayap, kita duduk berbincang. Kenapa kedudukan saya terjejas?

"Bagi saya, keadaan parti tidak harus tergugat. Saya tidak lagi berada dalam parti bukan kerana melakukan kesalahan. Saya tidak merogol, tidak meliwat.

"Kalau perdana menteri tak nak dengar tidak mengapa, yang lain-lain ada. Kenapa saya jadi mangsa, sedangkan saya jurubicara ahli Umno?" soal beliau lagi.

"Apa yang telah saya lakukan sehingga terlucut jawatan saya?" soalnya. 

http://kritik2u.blogspot.com/2015/11/mari-kenali-wajah-wajah-manusia-bodoh.html


Recent Post