TERKINI

Seni dan cara mengkritik


Sesuatu teguran atau kritikan sebenarnya merupakan perkara yang sangat bernilai dan sangat berfaedah. Apabila kritikan itu boleh diterima dengan lapang dada, kita akan mampu memperbaiki dan memperbetulkan kekeliruan dan kesilapan yang dilakukan.

Sebaliknya, memberikan kritikan dianggap lebih mudah dilakukan karena kita hanya perlu menyampaikan apa yang tidak berkenan menurut pendapat kita, padahal sebenarnya tidak juga.

Memberi ataupun menerima kritikan sama-sama memerlukan strategi dan kebijaksanaan. Isi kritikan haruslah yang berhubungan dengan pekerjaan, perilaku atau perangai dan bukan yang menyangkut pribadi seseorang.

Kritikan juga hendaknya dilontarkan dengan niat supaya orang yang menerima kritik menjadi lebih bertambah baik lagi. Menurut Rizky Mahendra, MM, perunding pengurusan dan pengarah Muliarder Training Center berkata, ada beberapa prinsip yang perlu diguna pakai apabila kita hendak memberikan kritikan terhadap seseorang antara lain:

Lakukan proses teguran dengan cara puji-kritik-puji

Memang ia kelihatan agak pelik, tapi dengan cara yang demikian orang yang anda kritik justeru merasa tidak tertekan atau tersinggung malah akan berfikiran bahawa dia dihargai. Mulakan dengan pujian dan diakhiri pula dengan pujian kembali. Contohnya anda menegur dengan mengkritik seseorang karena kekurangtelitiannya, jadi katakan kepadanya:

" Saya perhatikan anda selalu bekerja dengan penuh semangat, namun alangkah baiknya rasa semangat itu disertai juga dengan ketelitian dalam menyelesaikan tugasan anda. Bagaimanpun, terus terang saya nyatakan bahawa saya kagum dengan semangat kerja keras anda."

Pilih masa dan keadaan yang paling sesuai

Apabila anda ingin menyatakan kritikan, ada baiknya lihat dan perhatianan terlebih dahulu suasana dan keadaan orang yang dikritik. Jika dia memperlihatkan keadaan tertekan (stress) janganlah anda tambahkan lagi dengan memberikan kritikan.

Nantikan sehingga waktu dan keadaan yang kondusif. Jika waktunya tidak sesuai, kesan matlamat kritik itu pun tidak akan kesampaian. Sebab tujuan sebenar kritikan adalah, teguran yang membina yang dapat memberikan perubahan perbaikan kepada seseorang.

Hendaklah diselaraskan dengan fakta.

Sebelum menyatakan sesuatu kritikan, anda mesti yakin dengan apa yang akan disampaikan. Mestilah benar-benar memahami apa yang akan anda diutarakan. Usah hanya berdasarkan asumsi atau maklumat daripada pihak lain.

Susun bahasa tubuh dengan baik

Apabila memberikan kritikan pada seseorang, berilah peluang kepadanya juga untuk memberikan penjelasan alasannya. Ketika seseorang berusaha untuk memberikan penjelasan, bahasa tubuh juga harus mencerminkan sikap yang terbuka terhadap penjelasan tersebut. Dengan itu semua masalah akan menemui jalan penyelesaian.

Berikan ruang waktu

Hendaklah diingat bahawa kritikan itu bukanlah satu hukuman, tetapi sebuah proses pembetulan dan pembaikan supaya orang yang dinilai dan dikritik akan menjadi lebih baik. Jika yang berkenaan tidak boleh memberi respons langsung, berilah dia peluang lain.

Secara psikologis sangat penting untuk memberikan ruang waktu antara saat kita memberikan kritikan dan penjelasan terhadap orang yang bersangkutan. Dengan itu kita akan dinilai masih mempunyai empati terhadap mereka yang dikritik.

Dikritik atau mengkritik dalam dunia kerja menjadi perkaral lumrah dan wajar, karena berhubungkait dengan pencapaian sesuatu sasaran dan etos maupun etika kerja. Tetapi, harus diperhatikan di sini, jika kritikan sudah di luar jalur pekerjaan dan sifatnya personal, tidak perlu ditanggapi atau abaikan saja!

Datanglah ke Mesyuarat Latihan kami pada setiap minggu ke-dua dan ke-empat setiap bulan, di Lot 2, Tingkat 1, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan anda boleh pelajari cara yang berkesan untuk melakukan penilaian dan kritikan di Toastmasters where leaders are made.

Recent Post