TERKINI

Terimalah kritikan dengan hati yang terbuka



Betulkah ramai antara kita yang sedikit pun tidak boleh menerima kritikan atau teguran?

Jika soalan ini ditujukan kepada saya jawapan saya ialah YA .

Tidak boleh menerima teguran dan kritikan bermakna tidak menerima kekurangan diri sendiri,ingatlah wahai manusia tidak ada manusia yang sempurna,pasti ada silap dan salah dilakukan jadi mengapa sukar kita menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka.

Benar , tiada siapa mahu dipersalahkan atau mengaku dirinya adalah yang terbawah , rendah , kurang dan sewaktu dengannya , tetapi kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia yang sudah dinyatakan sifat kita sering melakukan silap dan salah jadi untuk apa kita riak seperti sempurna sahaja sifat kita?

Kritikan dan teguran bukan diberi untuk menunjukkan si pengkrtik itu bagus atau bijak cuma kita berniat baik untuk mengubah ke arah yang lebih baik dan positif,bukankah lebih bagus jika ada yang mengkritik atau menegur kita bermakna masih ada yang kisah tentang kita dan kehidupan kita.

Kita dikurniakan akal jadi gunalah akal kita sebaiknya,berfikirlah sebaiknya agar tidak perasaan mengaburi akal kita,percayalah kritikan dan teguran boleh mengubah kita ke arah yang lebih baik dan positif.

Masalah yang selalu dihadapi adalah apabila si muda menegur si tua,yang rendah pangkatnya menegur yang tinggi jawatannya,yang miskin menegur yang kaya,penagih dadah menegur ustaz,adakah salah perbuatan ini?salah?mungkin ada perkara yang kita tidak tahu tetapi orang lain tahu akan perkara tersebut,berkongsilah ilmu selagi hayat dikandung badan,tuntulah walaupun daripada binatang sekalipun kerana takkan habis apa yang kita cari dalam dunia ini.

Tinggi bagaimana pun pangkat mereka,cerdik macam mana pun mereka,kaya macam mana pun mereka ingat mereka juga manusia yang tak akan lari daripada membuat kesalahan dan kesilapan,terimalah teguran dan kritikan supaya mereka,aku dan kita semua boleh berubah kearah yang lebih baik.

Recent Post