TERKINI

Kesemua individu dan organisasi ini jahat dan dengki pada Najib Razak yang sangat baik dan jujur


Saya tak tahu apa dah berlaku pada Malaysia .

Undang-undangnya telah tonggang-langgang dan menjadi senjata penjenayah untuk kekal .

Ia tidak lagi konsisten dan hanya membuat pendakwaan terpilih sahaja .

Undang-undang-hanya dikenakan pada sesetengah orang tetapi tidak dikenakan pada sesetengah yang lain .

Undang-undang apa ni ?

Tuduhan dan dakwaan ini berkait dengan skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion.

Ada diantara mereka mengemukakan bukti jelas dan ada yang menyertakan bukti berupa rujukan .


Dibawah saya senaraikan individu dan organisasi yang mengatakan Najib Razak Korup , Rasuah , Pecah Amanah , Menyeleweng dan Salah Guna Kuasa :

1. Dr Mahathir

2. Gabenor Bank Negara Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

3. Matthias Chang

4. Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan

5. Tan Sri Muhyiddin Yassin

6. Datuk Seri Shafie Apdal

7. Ling Liong Sik

8. Ambiga

9. Mariah Chin

10. Anina Saaduddin

11. Sabaruddin Chik

12. Sanusi Junid

13. Wall Street Journal

14. Sarawak Report

15. Al Jazeera

16. Bilqis Hijjas

17. Bersih 2.0

18. Majlis Peguam Malaysia

19. Bank Negara Malaysia

20. The Edge

21. The Sydney Morning Herald

22. Majlis Raja-raja Melayu

23. UMNO Johor

24. UMNO Taman Cempaka Kuala Lumpur

25. A Kadir Jasin

26. SPRM

27. Transparency International Against Corruption

28. Bekas Timbalan Pengarah Polis Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador

Kesemua nama dari senarai diatas datang dari berbagai latar yang sangat berbeza .

Ada yang daripada bidang politik , bidang kewartawanan , bidang undang-undang , bidang ekonomi , bidang bisnes , NGO dan orang perseorangan .

Mereka mempunyai pendapat yang sama iaitu NAJIB RAZAK KORUP dan RASUAH!

Soalannya , kenapa Najib Razak tidak ditangkap lagi sedangkan bukti semua telah diberi?


Yang pertahankan Najib Razak pula hanyalah dikalangan ahli-ahli UMNO yang mendapat imbuhan untuk mempertahankannya  .

Yang ditangkap ialah mereka yang mendedahkan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion Najib Razak .

Contohnya ialah penahanan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang di bawah SOSMA kerena membuat laporan berkaitan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion Najib Razak di luar Malaysia , setelah laporan beliau pada pihak berkuasa Malaysia dipandang sepi dan tidak dipedulikan 

Apa telah terjadi pada Malaysia sebenarnya ?


Mana KEDAULATAN UNDANG-UNDANG dan KELUHURAN PERLEMBAGAAN yang menjadi teras Rukunegara Malaysia ?

Saya petik tulisan Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar melalui :

Ini kerana umpamanya bila perompak menembak mati pegawai bank untuk merompak RM200,000, ia kesalahan yang amat kecil kerana nilainya sangat kecil , jika dibandingkan dengan amaun sekurang-kurangnya USD700 ribu dan USD300 ribu yang dimasukkan ke akaun peribadi seorang kenamaan Malaysia iaitu Najib Razak .

Anda semua fikirkan sendiri!


Recent Post