Mesti ramai tertanya-tanya apakah maksud saya ini ?
Ikuti hingga habis penulisan saya ini dan anda sendiri akan rasa pelik .
Bayangkan orang Melayu yang bernama MAWAR , bila diceritakan didalam Bahasa Inggeris dipanggil ROSE ?
Sedangkan MAWAR itu ialah KATA NAMA KHAS dan bukannya KATA NAMA UMUM .
Anda boleh rujuk sendiri definisi apa itu Kata Nama Khas dan Kata Nama Umum pada link dibawah :
Definisi Kata Nama Khas dan Kata Nama Umum
Dah sebut pun KATA NAMA KHAS , macam mana pulak ia boleh diubah bila bertukar bahasa ?
Di Malaysia , Kata Nama Khas ditukar sesuka hati kerana ramai ORANG TIDAK PANDAI dan tidak tahu membezakan apa itu KATA NAMA KHAS dan KATA NAMA UMUM .
Didalam Bahasa Inggeris , Kata Nama Khas dipanggil PROPER NOUN dan Kata Nama Umum dipanggil COMMON NOUN .
Untuk rujukan baca link dibawah :
Proper Noun and Common Noun
Saya bukan pakar bahasa tetapi sejak kecil lagi saya sudah sedar perkara ini , malangnya saya tidak berupaya memperbetulkannya KERANA SAYA TIDAK ADA KUASA .
Saya mula berfikir , APA FUNGSI DAN KERJA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA agaknya ?
Mari saya beri contoh KATA NAMA KHAS yang ditukar seolah-olah ia KATA NAMA UMUM di Malaysia ini bila disebut dalam bahasa lain .
1. Pulau Pinang disebut PENANG bila disebut dalam Bahasa Inggeris .
2. Kementerian Pelajaran Malaysia disebut MINISTRY OF EDUCATION bila disebut dalam Bahasa Inggeris .
3. Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau SKMM dipanggil MCMC dalam Bahasa Inggeris .
Ketiga-tiga contoh diatas iaah KATA NAMA KHAS , bagaimana ia boleh berubah namanya bila disebut atau ditulis dalam Bahasa Inggeris , waimah ditulis dalam bahasa apa sekalipun di dalam dunia ini , ia SEWAJIBNYA KEKAL KERANA IA IALAH KATA NAMA KHAS!
Banyak contoh lain lagi , cuma saya bagi dua contoh diatas supaya yang lain boleh fokus tentang perbezaan jelas antara Kata Nama Khas yang diubah sesuka hati macam ia Kata Nama Umum .
Jika budak lelaki dalam Bahasa Melayu iaitu BOY dalam Bahasa Inggeris memang boleh ditukar kerana ia ialah Kata Nama Umum .
Malangnya tiga contoh yang saya beri diatas ialah KATA NAMA KHAS!
Kalau nama budak itu , katakanlah beliau seorang yang berbangsa Inggeris dan namanya ialah John White , tak akan bila kita tulis dalam Bahasa Melayu , kita tulis nama beliau sebagai John PUTIH!
Juga Melaka disebut sebagai MALACCA dalam Bahasa Inggeris , juga Kelang disebut Klang sahaja dalam Bahasa Inggeris .
Malangnya kebodohan ini telah berlaku sejak berpuluh tahun dahulu dan ia berterusan hingga ke hari ini .
Ini menunjukkan mentaliti dan kelemahan golongan akademik Bahasa Melayu di Malaysia ini yang tidak peka dan perkara asas seperti diatas juga mereka tidak faham dan kuasai.
Gah dengan gelaran profesor bagai tetapi apa pun tak tahu sebenarnya .
Ini ialah satu indikator kebodohan dalam masyarakat Melayu dan Malaysia sebenarnya .