TERKINI

Kenapa murid dan ibu bapa sibuk nak dapat 5A dalam UPSR ?


Pensyarah Universiti Tuanku Abdul Rahman, Norazleen Mohamad Noor, obsesi sebegini perlu dihentikan.

"Dalam masyarkat yang mengejar gred, proses pembelajaran sebenar akan diketepikan. Jika ini berlaku, sekolah akan menjadi institusi yang menakutkan," katanya.

Beliau berkata amat malang jika dipercayai bahawa masa depan kanak-kanak yang mendapat banyak A dalam peperiksaan akan lebih cerah masa depannya berbanding kanak-kanak yang mendapat banyak C.

Proses pembelajaran sebegini adalah berbeza berbanding di negara maju, tambah beliau.

Profesor Dr Turiman Suandi dari Universiti Putra Malaysia pula berkata perlu disedari bahawa pembelajaran adalah untuk membina keperibadian dan nilai.

"Perlu ditanya apakah makna gred, apakah yang ia gambarkan," katanya.

Bagi pendidik Shiveh Sivalingam, ibu bapa jangan menilai anak-anak mereka berdasarkan berapa banyak A yang diperoleh.

"Setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan sendiri yang perlu dipupuk. Akhirnya kejayaan anak-anak mereka akan menjelma dengan sendirinya," katanya.

Untuk pembacaan detail , boleh klik link-link dibawah :
http://newshangat.blogspot.com/2014/09/ubah-minda-5a-pada-minda-menguasai-ilmu.html
http://newshangat.blogspot.com/2014/09/jangan-taksub-dapat-5a.html

Reaksi pertama saya ialah tergelak je baca artikel-artikel diatas .

Ia hanya retorik basi yang memualkan .

Manusia hidup dengan sistem , sistem sendiri menekankan perkara-pekara di atas , mana mungkin manusia yang berada didalamnya mengabaikannya , akai ada ka ?

Bila jadi polemik sebegini , masing-masing pura-pura terkejut dan mula mencari 'kambing hitam' untuk disalahkan .

Inilah yang berlaku sebenarnya .

Sistem pendidikan Malaysia sendiri tidak menekankan PEMBUDAYAAN ILMU .

Manakan PELAJAR YANG SARAT DENGAN ILMU DIHASILKAN!

Acu karipap mana boleh keluar kuih DONAT , hahaha ...

Sistem korup ini perlu diperbetulkan segera .

'Sampah-sampah' yang berada didalamnya perlu dibuang dulu .

Bayangkan begini .

Kita ambil UPSR sebagai contoh .

Katakanlah ada seorang murid yang kita namakan sebagi Ali , dapat 5B dalam UPSR  , apa yang sistem pendidikan sekarang akan tawarkan padanya ?

Ali seorang murid yang baik, bersopan-santun , hormat pada guru dan sebagainya dan penuh dengan budaya ilmu , cuma semasa UPSR berlangsung, beliau sakit dan tidak boleh menjawab dengan baik , adakah sistem akan mengambil kira semua perkara ini ?

Jawapannya pastinya TIDAK , yang dinilai ialah berapa A yang beliau dapat , bila beliau gagal , maka beliau dianggap gagal dalam sistem sempit ini .

Walaupun dunia ini begitu luas dan A itu ialah nothing , tapi sistem menekankan perkara itu , maka lahirlah penghafal dan 'burung kakak tua' yang pandai mengajuk perkataan tanpa memahami apa yang diajuknya .

Inilah realiti berlaku pada zaman ini .

Puncanya ?

Sistem yang korup .

Kita boleh tengok apa pun dilaksanakan dalam sistem yang korup ni , maka hasilnya ialah korup juga .

Contoh lagi , ketua tidak perlu bertanggungjawab bila berlaku kesilapan dan menyalahkan orang bawahannya .

Sedangkan yang boleh menyalah-gunakan kuasa ialah orang yang ada kuasa sahaja .

Maka apa yang boleh dibetulkan dalam situasi begini ?

Inilah sistem yang ada di Malaysia sekarang ini .

Maka berlakulah kebodohan demi kebodohan .

Ia akan berulang-ulang dan rakyat biasa tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya .

Inilah hasil dari sistem yang korup .

Recent Post