TERKINI

Betul tak apa yang saya cakap berkaitan Manchester United minggu lepas ?


Pada yang baca entri minggu lepas , pastinya baca kritik saya mengenai masalah Man Utd yang sebenarnya iaitu Van Gal sendiri .

Pada yang terlepas , klik link dibawah :
http://kritik2u.blogspot.com/2015/08/apa-lagi-yang-kurang-pada-manchester.html

Tektikal Van Gal sangat silap , begitu juga pemilihan pemainnya .

Pemilihan formasi 4-3-3 begitu janggal bagi Man Utd .

Kalau tak silap saya dalam game malam tadi menentang Swansea , Man Utd menggunakan formasi 4-3-2-1 dan kesannya Rooney jarang dapat bola .

Seperti yang saya beritahu minggu lepas, Man Utd serasi dengan formasi 4-4-2 .

Darmian sebagai bek kanan menutup terus serangan Man Utd dari sebelah kanan .

Bahagian kanan Man Utd lumpuh pada separuh masa pertama dan sebahagian separuh masa kedua .

Hanya selepas Ashley Young masuk pada minit ke 70 , baru sebelah kanan itu berfungsi .

Di bahagian sebelah kiri Man Utd pulak , bek kiri Shaw berfungsi ,manakala wing kiri iaitu Depay kaku .

Ini antara masalah besar Man Utd melancarkan serangan .

Bek dan wing tiada keserasian dan serangan banyak berfokus pada bahagian tengah padang .

Jadi serangan Man Utd sangat terhad dan Rooney sangat jarang mendapat peluang .

Macam saya cakap sebelum ini , kalau saya jadi pengurus Man Utd , Darmian dan Depay akan hanya jadi pemain gantian .

Mereka ini antara punca Man Utd gagal berfungsi sebagai sebuah pasukan , malangnya Van Gal begitu buta dengan kelemahan dua pemain ini .

Bayangkan Valencia jadi bek kanan dan Ashley Young jadi wing kiri , saya jamin Man Utd akan melancarkan serangan yang jauh lebih bagus dan lancar .

Man Utd menjadi pasukan yang sangat 'predictable' dan mudah dibaca lawan .

Saya akan buktikan sebaik Young masuk , serangan Man Utd hanya bertumpu disebelah kanan .

Begitu juga sebaik Felaini masuk , 2 pemain Swansea mengawal Felaini menyebabkan beliau sukar bergerak .

Rooney terus keseorangan , Man Utd yang dibarisi bintang beratus juta pound , nampak seperti pasukan biasa atau pasukan pertengahan liga sahaja .

Tiada kreativiti dan variasi , semuanya berpunca dari tektik Van Gal yang tak menjadi .

Siapa pun pemain yang dibawa masuk ke Man Utd akan gagal menyinar kerana kelemahan dan kebodohan Van Gal membuat tektikal yang salah dan sentiasa memilih pemain yang salah .

Gigs hanya menjadi patung dan Van Gal tidak menggunakan kemahiran Ryan Giggs .

Perkara ini akan berterusan .

Sana-sama kita saksikan .


Recent Post