TERKINI

Apa lagi yang kurang pada Manchester United dalam musim 2015/16 ini ?


Setelah membelanjakan hampir 200 juta Pound sejak 2 musim ini , tak banyak peningkatan yang dapat dilihat pada Manchester United (MU) .

Bagi saya silap MU paling besar ialah pengurus mereka .

Baik David Moyes atau Louis Van Gal (LVG) , lebih kurang je kurang cerdik .

Dan saya merasakan Van Gal paling kurang cerdik kerana setelah membelanjakan hampir 200 juta pound , MU masih diperingkat lebih kurang sahaja dengan sebelum ini.

Saya malas nak komen mengenai David Moyes kerana sudah tiada kepentingan .

Saya nak kritik mengenai LVG yang telah berbelanja besar tapi masih keputusan tak banyak berubah.

Bila beliau membeli Darmian sebagai bek kanan , saya sangkakan Darmian semacam Patrice Evra atau Roberto Carlos .

Malangnya jauh dari par itu .

MU telah ada Antonio Valencia yang jauh lebih laju dan attacking dari Darmian yang banyak berlari ke depan kotak penalti sahaja .

Bek kiri Luke Shaw juga lebih kurang sahaja dengan Darmian .

Sebelum ini ada krirtikan terhadap cross Valencia yang kurang baik tapi Valencia jauh lebih baik dari Darmian yang saya kira dalam game lawan Newscastle tadi , hanya buat satu cross sahaja .

Bagi saya , kekuatan sesuatu pasukan itu bermula dengan tektikal pasukan itu .

MU sebenarnya pasukan yang paling serasi dengan formasi 4-4-2 atau 4-4-1-1 dan bukan 4-3-3 atau 4-3-2-1 .

Buktinya striker MU iaitu Rooney jarang mendapat bola .

Tak akan LVG tak nampak daripada game pertama masalah ini .

Selain tektikal yang betul , pemilihan pemain juga memainkan peranan .

Kalau saya ialah pengurus MU pastinya Memphis Depay, Luke Shaw dan Darmian ialah pemain simpanan .

Keeper ialah Romero atau De Gea .

Centre back ialah Smalling dan Carrick kerana Jones cedera . 

Juga ada Marcos Rojo yang belum fit lagi , jadi centre back bukan masalah besar MU .

Bek kiri ialah Daley Blind dan bek kanan ialah Antonio Valencia .

Midfield ialah Carrick/Schweinsteiger/ dan Herrera/Schneiderlin , 2 dari 2 set ini akan saya pilih sebagai midfielder .

Wing kanan ialah Ashley Young dan wing kiri ialah Januzaj .

Mata akan menjadi backup striker , Rooney striker , jadi formasi paling sesuai ialah 4-4-1-1 .

Saya yakin fluidity MU akan lancar dengan formasi dan pemilihan pemain ini .

Masalah MU paling besar dalam game lawan Newcastle ialah wide player kerana bek kanan dan kiri stall dan tak boleh berlari ke byline atau hujung garisan corner .

Jadi wing kiri dan kanan juga jem , tambahan pula Memphis Depay lebih sesuai jadi backup striker berbanding wing .

Lebih lawak lagi pada 1st half game MU dengan Newscastle tadi  , Mata jadi wing kanan dan dibackup oleh Darmian yang jelas sangat gagal .

Begitu juga Depay gagal dibackup dengan baik oleh Luke Shaw .

Juan Mata lebih pada playmaker dan posisi paling sesuai beliau ialah dibelakang striker.

Kerana itu walaupun MU menguasai 70% perlawanan , banyak serangan bertumpu ke arah tengah kawasan penalti berbanding sebelah kiri atau kanan kawasan penalti .

Puncanya ?

Bek kiri dan kanan yang gagal berfungsi!

LVG memang tak sebagus Alex Ferguson yang boeh transform pemain biasa menjadi juara EPL banyak kali .

Kalau formasi tektikal dan pemilihan pemain masih sebegini , memang MU akan hadapi lebih banyak masalah bila menghadapi perlawanan dengan Big Four BPL iaitu Chelsea , Man City , Arsenal atau Liverpool yang memang mantap dari segi tektikal dan pemilihan pemain mereka .

Dan kalau formasi yang salah sebegini dikekalkan, begitu juga pemain yang salah diturunkan , MU akan jadi setakat no 3 atau 4 , memang jauh untuk jadi juara BPL sekali lagi .

Mark my word , kita boleh tengok pada hujung musim nanti , betul atau tidak komen saya ini .


Recent Post