TERKINI

Undang-undang di Malaysia semakin pelik dan meloyakan


Adakah salah bila saya katakan sedemikian ?

Jika anda kurang bersetuju , mari kita lihat contoh-contoh dibawah .

1. Yang melaporkan sesuatu kesalahan disaman , disekat dan didakwa .

2. Pasukan yang menyiasat sesuatu kesalahan ditangkap .

3. Pasukan menyiasat ditarik anggotanya supaya tidak dapat meneruskan siasatan .

4. Bawa masuk wang Malaysia berbilion Ringgit tidak menjadi kesalahan bila individu tertentu melakukannya dan Bank Negara boleh keluarkan kenyataan ia tidak tertakluk pada Bank Negara sedangkan undang-undang mengenainya telah ada iaitu AMLA dan BAFIA .

5. Bila ada individu atau organisasi yang menghalang tugas penjawat awam , ia tidak dikenakan tindakan sedangkan kesalahan itu terkandung dalam Kanun Keseksaan iaitu Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam .

6. Kerana kes itu melibatkan gangguan pada pasukan SPRM menjalankan siasatan, maka undang-undang SPRM juga boleh digunakan iaitu Seksyen 48 Akta SPRM 2009 iaitu berkaitan dengan kesalahan menghalang penyiasatan SPRM.

7. Jadi buat apa ada undnag-undang kalau ia sah digunakan pada sesetengah orang dan tidak dikenakan pada sesetengah yang lain ?

8. Tidak kah ia pelik dan menjadi bahan cacian orang ramai ?

9. Tetapi ia berlaku di Malaysia dan ia bukan satu dongengan kisah zaman dahulu-kala .

10. Inilah realiti yang sedang berlaku di Malaysia dan ia semakin kronik.

Pastinya rakyat Malaysia seperti saya dan ramai yang lain akan sakit hati dan tidak lagi percaya pada sistem undang-undang di Malaysia .

Adakah kami bersalah ?

Bilakah undang-undang akan didaulatkan tinggi untuk mengatasi segala-galanya di Malaysia ?

Adakah undang-undang di Malaysia bersifat selektif ?

Elok juga anda semua lihat video dibawah dan fikirkan perkaitannnya dengan entri yang saya terbitkan ini .




Recent Post